Followers

Wednesday, June 13, 2012

KANTOI! Najib Altantuya Kena Main Lagi Di Facebook!



Dua ekor beruang panda yang dipinjamkan kerajaan China kepada Malaysia seperti yang dilaporkan The Straits Times Singapura pagi tadi rupanya masih belum mempunyai nama.

Seperti juga isu kucing, Najib Altantuya sekali lagi menunjukkan 'ketidak seriusannya' dalam soal pentadbiran negara tetapi lebih tertumpu dengan perkara yang remeh yang akhirnya mengundang ketawa seluruh dunia.

Sudahlah bakal menantunya buat perangai semalam, kunun untuk meredakan tekanan akibat terdesak mempertahankan Putrajaya, Najib Altantuya meminta rakan di Facebooknya supaya menamakan dua ekor beruang kunun sesuai dengan citarasa Malaysia.

Lalu berduyunlah 'rakannya' memberi cadangan seperti Altantuya dan sebagainya sebagai tanda 'prihatin' mereka kepada seruan pemimpin yang semakin hampir dengan Tribunal Grande de Instance di Paris atas dakwaan rasuah kapal selam Scorpene sepuluh tahun lalu!

Tindakan Najib Altantuya yang mengalu-alukan orang ramai menamakan dua ekor panda yang dipinjam Malaysia daripada negara China akhirnya mengundang pelbagai reaksi lucu.

Dalam laman Facebook berbahasa Cinanya, Najib yang menggelar dirinya "Ah Jib Gor" (Abang Najib) berkata kedua-dua ekor binatang itu mewakili hubungan baik dengan republik itu.

"Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita.

"(Panda) akan menjadi pengalaman pendidikan untuk rakyat Malaysia. Ia membenarkan kita memahami lebih banyak tentang binatang dan meningkatkan kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan," tulis Najib.

Bagaimanapun, mesej serius perdana menteri berakhir dengan komen berbentuk selaran banyak pihak yang beranggapan langkah itu hanya membazir.

Sebahagiannya mengambil peluang itu dengan memperolokkan Najib Altantuya dan isterinya Rosmah Mansor dengan menamakan panda itu sebagai "cincin dan beg beg (cincin cushion cut diamond bernilai RM24.4 juta - beg beg kerana koleksi beg tangan Rosmah yang berharga ratusan ribu ringgit)", "Altantuya dan Scorpene (merujuk kepada skandal rasuah komisen kapal selam kelas Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu)" dan "Rara dan Suahsuah" (bermaksud Rasuah).


Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.